Al-Maarij (70) : 24
وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum - |
Al-Maarij (70) : 25
لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta); |
Al-Maarij (70) : 26
وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ
Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya); |
Al-Maarij (70) : 27
وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ
Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, - |
Al-Maarij (70) : 28
إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ
Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya; |
Al-Maarij (70) : 29
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - |
Al-Maarij (70) : 30
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; |
Al-Maarij (70) : 31
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; |
Al-Maarij (70) : 32
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; |
Al-Maarij (70) : 33
وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ
Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi); |
Page 21 of 22
